KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Singapura yang juga pemaju hartanah terkenal di Malaysia, Datuk Seri Akbar Khan dilaporkan disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ahli perniagaan berusia 83 tahun yang merupakan pemegang saham utama pemaju projek mewah BRDB Developments Sdn Bhd, ditahan untuk disoal siasat minggu lalu, lapor CNA yang memetik sumber pegawai kanan SPRM serta peguam yang mengikuti rapat kes berkenaan.
Difahamkan, pasukan penyiasat turut menyerbu rumah dan premis perniagaannya di Kuala Lumpur.
Sumber dipetik sebagai memberitahu, selain membekukan akaun perniagaan dan peribadi ahli perniagaan itu, SPRM juga mengarahkan Akbar untuk mengisytiharkan asetnya serta pegangan kewangan keluarganya.
Pihak pejabat Akbar bagaimanapun, enggan mengulas mengenai siasatan SPRM ketika dihubungi CNA.
“Memandangkan ini adalah perkara yang sedang berjalan, kami mengelak daripada mengulas butiran khusus. Fokus utama kami kekal pada memastikan siasatan yang adil," kata jurucakap di pejabat Akbar.
BACA: Daim minta dibicara kerana gagal isytihar harta, termasuk 25 hartanah dan 38 syarikat
BACA: Senarai aset Daim Zainuddin
Sumber SPRM berkata, ahli perniagaan itu dijangka dipanggil semula untuk disoal siasat lagi bersama bekas rakan kongsi yang lain, dalam masa terdekat.
Mereka dilaporkan memainkan peranan penting dalam pemulangan saham beku bernilai AS$4 bilion yang sebelum ini tersenarai di pasaran luar bursa yang sudah tidak wujud di Singapura yang dikenali sebagai Central Limit Order Book (CLOB), dan transaksi kontroversi yang melibatkan perubahan pegangan saham di konglomerat Multi-Purpose Holdings Bhd (MPHB) pada akhir tahun 1990-an dan 2000.
Akbar merupakan seorang lagi personaliti perniagaan yang terlibat dalam siasatan meluas oleh SPRM terhadap bekas menteri kewangan, Tun Daim Zainuddin.
Siasatan terhadap pegangan kewangan Daim bermula pada Mei 2023 dan beliau dituduh pada 29 Januari lalu kerana gagal mematuhi notis SPRM supaya mengisytiharkan harta.
Akbar, seorang akauntan yang terlatih, dilaporkan membina persahabatan dengan Daim pada akhir tahun 1980-an, ketika pertama kali Daim menjadi Menteri Kewangan antara tahun 1984 hingga 1991, lapor CNA.
Namun, ketika kali kedua Daim menjadi Menteri Kewangan pada 1999, kekayaan komersial Akbar mengalami lonjakan yang ketara daripada pelaburan bersaiz sederhana yang berprofil rendah dalam hartanah dan peruncitan barangan mewah, ke dalam golongan atasan pentas korporat Malaysia.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM, Datuk Mohamad Zamri Zainul Abidin, ketika dihubungi Astro AWANI, mengesahkan seorang ahli perniagaan dan pemaju hartanah Singapura telah dipanggil untuk membantu dalam siasatan yang sedang dijalankan terhadap individu berprofil tinggi di Malaysia.
Ahli perniagaan itu juga telah diperintahkan untuk mengisytiharkan hartanya dan pegangan kewangan keluarganya.
"Saya boleh mengesahkan bahawa lebih ramai orang dijangka dipanggil untuk disoal siasat dalam masa terdekat berhubung siasatan ini," katanya.
Astro Awani
Thu Mar 14 2024
Akbar (kiri) merupakan seorang lagi personaliti perniagaan yang terlibat dalam siasatan SPRM terhadap Daim.
Kanak-kanak lelaki maut dilanggar bapa secara tidak sengaja
Kejadian itu berlaku apabila bapa kanak-kanak tersebut mengalihkan kenderaannya setelah selesai mencucinya di halaman rumah.
LRT Pulau Pinang: Kerajaan negeri, MRT Corp teroka sistem 'low to medium capacity'
Kerajaan Pulau Pinang bersama Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp) sedang meneroka sistem 'low to medium-capacity' bagi Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara Pulau Pinang.
Sokong Palestin: Tun M persoal kenapa penuntut di Malaysia tak suara bantahan
Bekas Perdana Menteri itu turut mempersoalkan penuntut universiti di negara ini tidak menyuarakan bantahan terhadap rejim Zionis itu.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan sentimen serantau yang lemah
Bursa Malaysia ditutup pada paras harian yang rendah hari ini, menjejaki prestasi suram dalam bursa serantau yang lain, kata seorang penganalisis.
AWANI Ringkas: Empat lagi anggota kastam didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [29/05/2024] - Pemandu orang kurang upaya | Kajian DOSM 1 Mac hingga 31 Disember 2022 | Geng TR | Enggan dedah tempoh
#AWANI745 malam ini bersama Nickyson Nyambar;
1. Pemandu e-hailing dakwa dipukul pengawal keselamatan VIP, tarik balik laporan polis
2. Lebih 70 peratus pemandu jadikan e-hailing punca utama pendapatan
3. 18 ahli gabungan lima kongsi gelap ditahan SOSMA
4. SPRM setuju lanjutkan tempoh pengisytiharan harta dua anak Tun M
1. Pemandu e-hailing dakwa dipukul pengawal keselamatan VIP, tarik balik laporan polis
2. Lebih 70 peratus pemandu jadikan e-hailing punca utama pendapatan
3. 18 ahli gabungan lima kongsi gelap ditahan SOSMA
4. SPRM setuju lanjutkan tempoh pengisytiharan harta dua anak Tun M
AWANI Ringkas: Laporan penuh nahas helikopter diterbitkan esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelaburan 1MDB tidak bawa keuntungan - Pegawai penyiasat
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pelaburan yang dibuat oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak membawa sebarang keuntungan.
Statistik e-Hailing di Malaysia (2022)
KRM mahu skuad Bunga Raya 15s kekal dalam Divisyen Premier ARC
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) tidak rela melihat skuad Bunga Raya 15-sebelah (15s) tersingkir daripada saingan Divisyen Premier Kejohanan Ragbi Asia (ARC).
Kes Daim: SPRM siasat ahli perniagaan Singapura Akbar Khan kes pengubahan wang haram, rasuah - Laporan
Ahli perniagaan Singapura yang juga pemaju hartanah terkenal di Malaysia, Datuk Seri Akbar Khan dilaporkan disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram dan rasuah oleh SPRM.